Say hi to me ;)



Wednesday, May 31, 2006

Surat untuk kerabat cicak kobeng


Kepada saudara dan saudari cicak kobeng,

Apa khabar anda, cicak kobeng sekalian? Pada hari yang mulia ini, ingin saya mencatatkan dalam buku sejarah bahawa untuk kali yang ketiga telah saya menamatkan riwayat hidup ke atas salah satu saudara-mara/cucu-cicit/bau-bau bacang anda. Yang sedihnya, mayat kali ini bertukar warna menjadi perang. Cicak-cicak kobeng, sila jangan membuat tuduhan ke atas diri saya bahawa saya seorang yang tidak berperikemanusiaan. Cubalah tanya diri anda sendiri, saudara dan saudari cicak kobeng. Sudah berapa kali telah saya beri peluang dan juga amaran supaya beredar dari tempat tinggal saya? Namun anda masih berpura-pura untuk tidak tahu maksud saya dan terus bersembunyi di ruang-ruang dan celah-celah yang gelap. Sudahlah saya berbesar hati untuk bagikan betis, paha pula yang anda minta. Adakah anda tahu betapa sakitnya mata saya apabila melihat dua cicak kobeng dari kerabat anda bercumbu-cumbuan di depan mata apabila saya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen? Perbuatan yang begitu tidak senonoh tidak dapat saya terima, lebih-lebih lagi tempat itu, dinding ruang tamu yang sudah saya bersihkan beberapa hari yang lalu. Itu pun bukan masalahnya. Yang melampau itu, ada pula taik-taik (atau dikenali sebagai tahi) yang melekat pada dinding. Cicak kobeng sekalian, moyang tidak pernah mengajar untuk membuang air besar di tempat khas yang disediakan? Tengok sekarang siapa yang susah? Tuan rumah jugalah yang kena membersihkannya. Tidak sedap mata memandang.

Apabila akal saya sudah menjadi bingung, hanya satu cara sahaja yang bermain-main di kotak fikiran saya, iaitu "pembunuhan secara beramai-ramai". Kini, saya tidak mahu berbelas kasihan lagi. Sudah pun saya mendapatkan pelekat beracun dan meletakkan ia di tempat yang anda selalu "kunjungi". Moyang ka, saudara-mara ka, cucu-cicit ka, tidak saya peduli lagi kerana seandainya bukan anda yang mati, saya lah yang akan tidur dalam kubur itu. Sebab kematian: Keracunan kesan jari dan tapak kaki cicak kobeng. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Daripada yang tersayang,
Ros Ungu

*****

My home is lizard-free. Mwuahahaha...

Purple Rose

6 Drops of Water:

  • At 06:28, Blogger ultimatecass said…

    HAHAHAHA! this is sooooooo cuteee!

     
  • At 08:02, Anonymous aizafareena said…

    you're sooooo nutz ;p

     
  • At 10:44, Blogger Mand_Mand said…

    Gilo la you Teng...

     
  • At 10:55, Blogger Baby J said…

    I shall invite some members of the kobeng family tonight..

     
  • At 17:45, Blogger Purple Rose said…

    there's a reason behind the gila-ness ;D

     
  • At 23:59, Anonymous whywhy said…

    omg...cicak-cicak sekalian should proud of u...coz u just made them a story! wahahaha!

    know what..i reli love ur blog!

     

Post a Comment

<< Home